Friday, August 16, 2013

KELEBIHAN MEMBACA SURAH AL-KAHFI PADA HARI JUMAAT


Surah al-Kahfi merupakan surah Makkiyah yang mengandungi 110 ayat.  Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita. Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada ALLAH, kisah Nabi Musa dan Khidir, dan kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.

Surah ini juga mengajar ummat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan “In shaa ALLAH”. Ia suatu kalimah yang sangat penting. Antara asbab turunnya beberapa ayat di dalam surah al-Kahfi ialah kerana Nabi SAW pernah ditanya oleh orang-orang musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang ruh. Namun, wahyu tidak turun kerana Nabi SAW tidak menyebut “In shaa ALLAH” tatkala berjanji untuk menjawab tiga persoalan tersebut. Selepas beberapa ketika dan agak lama menunggu wahyu, akhirnya turunlah ayat yang menyuruh Nabi SAW menyebut “In shaa ALLAH” tatkala berjanji, diturunkan sekali jawapan-jawapan dari ALLAH tentang 3 persoalan tersebut.

Kelebihan Membaca Surah Al-Kahfi Pada Hari Jumaat

Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi.

Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.  Berikut adalah beberapa hadith mengenai kebaikan surah al-Kahfi :

Imam Ahmad berkata :
"Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi, maka terhindar daripada Al-Dajjal."
[ Hadith Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]
Imam Ahmad berkata :
"Daripada Abi Al-Darda'i, Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi, maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal."
[ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]
Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda :
"Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi."
[ Hadis Riwayat Ahmad ]
Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda :
"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat." [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Daripada Abi Said Al Khudri berkata:
"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dihamparkan utknya daripada cahaya antara dia dan bait Al Atiqa." [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Daripada Mandhur Ibnu Zaid, Khalid Al-Juhani dari Ibnu Al-Hussien dari bapanya daripada Ali Marfu'an:
"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia dihindari daripada fitnah selama lapan hari dan jika Al-Dajjal muncul, maka terhindar dia daripadanya." [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Daripada syukbah daripada Abi Hashim dgn isnadnya.sesungguhnya Nabi SAW bersabda :
"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan, jadilah cahaya untuknya dihari kiamat." [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

Semoga kita tergolong dari orang yang dirahmati Allah dan berusaha mendekatkan diri kepadaNya, hendaklah kita ingat dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud : 
“Sesungguhnya Allah tidak melihat gambaran zahir kamu tetapi Allah melihat batin (hati) kamu.” 
Sama-samalah kita mengamalkannya pada setiap hari Jumaat.

Wallahua’alam bissawab.....

Monday, August 12, 2013

KEHEBATAN HABBATUS SAUDA


Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ra. Beliau pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda boleh menyembuh segala penyalit kecuali Al-Sam". Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu?". Baginda menjawab, " Al-Sam itu ialah maut". (Riwayat Bukhari)
Daripada Buraidah katanya: Rasulullah SAW bersabda: 
"Pada Habbatus Sauda terdapat ubat segala penyakit kecuali mati".
Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dalam kitab Al-Tibb dalam himpunan hadis-hadis sahih no. 1819.

Daripada Abu Hurairah, beliau pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: 
"Pada Habbatus Sauda terdapat ubat bagi segala jenis penyakit kecuali Al-Sam yakni maut".
Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari (10:118-119);Muslim(7:25);Ibnu Majah(2:342);Termizi(2:3 pada edisi Bulaq);dan Ahmad(2:241) menerusi riwayat Sufyan bin `Uyainah daripada Al-Zuhri dan Abu Salamah.

KEHEBATAN HABBATUS SAUDA

Menurut rujukan sejarah membuktikan bahawa Habbatus Sauda digunakan sebagai Herba Perubatan semenjak 2000-3000 tahun Masihi. Hasil kajian pakar perubatan Barat mahupun Timur adalah senada iaitu Habbatus Sauda ubat pelbagai jenis penyakit dan telah digunakan sejak zaman kunor Mesir dan Greek dengan berkesan .

Malah tokoh cendiakawan Muslim Ibnu Sina dalam karya terbesarnya The Canon of Medicine yang dianggap buku paling terkenal dalam dunia kedoktoran di Timur dan Barat menyatakan dengan jelas kehebatan bijiran hitam itu.

Antara pakar perubatan dan ahli sains yang menjalankan kajian ini ialah dari pusat ilmiah Cancer Immunobiology Laboratory South Carolina, US, University Munich Germany, University of Colombo, US, University of Patchefstroom, Kings College London, College of Medicine King Faisal University, Department of biology Riyadh.

Disamping itu ramai lagi saintis yang memaparkan hasil kajian mereka didalam pelbagai buku, majalah dan jurnal perubatan antarabangsa. Antaranya Dr Peter Schleicher, pakar immunisasi Eropah mendapati Habbatus Sauda berhasil menyembuhkan 420 daripada 600 orang yang mempunyai masalah alahan atau allegik. Kebanyakan mereka mengidap allegik terhadap `pollen’, debuan dan habuk, jerawat dan saraf kulit serta mempunyai daya tahan lemah.

Saintis di Cancer and Immuno Biological Laboratory of Germany mengesahkan Habbatus Sauda mampu merangsang sumsum tulang atau “bone marrow” dan sel immunity, meningkat penghasilan apa yang dikenali sebagai "interferon” dan mempertahankan sel-sel biasa terhadap kesan kemusnahan sel oleh virus. Seorang lagi pakar Eropah, Professor Michael Meurer pula mendapati Habbatus Sauda berupaya menghentikan pembengkakan atau “inflammation” dan masalah saraf kulit.

Mereka juga mendapati Habbatus Sauda berupaya memusnahkan sel sel tumor dan meningkatkan jumlah antibodi yang menghasilkan apa yang dinamakan B cell.

Sebenarnya banyak lagi hasil kajian yang didedahkan kerana sejak 1959 lebih 200 kajian telah dijalankan.

UBAT PELBAGAI PENYAKIT

Habbatus Sauda berfungsi menguatkan sistem ketahanan badan semulajadi, mengecut semua jenis ketumbuhan, berkesan untuk mengubat batuk yang lama (kronik), selsema, sesak nafas terutama pada bronkial asma dan cardiak asma, luka-luka dihati (Cirrhosis of liver), batu karang, batu hempedu, paru-paru berair, gout, tonsilitis, gusi berdarah, gastrik, luka-luka dalam perut (Ulser), kurang penghadaman, mengandungi hormon bagi menambah kecergasan mental dan seksual serta boleh mengelakkan barah.

Ia juga dapat mengatasi semua jenis alahan dan gatal-gatal kulit, membantu menguatkan fungsi kelenjar, merenggang permukaan kulit, boleh mengatasi sakit puan (Mestris, Indomeferitis Ophoritis), senggugut melancarkan peredaran haid, berfaedah untuk sakit tuan seperti lemah tenaga batin (Premature ejaculation) membersihkan perut dari angin dan kahak. Tiada kesan sampingan dan selamat digunakan, InsyaAllah.

Habbatus Sauda juga bertindak sebagai anti-biotik. Ia mampu menjadi pemusnah virus yang membawa penyakit CIRIT BIRIT, DYSENTRI, RADANG PARU, KOLERA, ANTRAX , penyakit KULIT termasuk kudis dan bisul. Ia bertindak sebagai anti-alahan dan menjadi bahan anti-lelah atau penyakit ASMA.

Ia boleh menurunkan kadar kandungan gula dalam tubuh pengidap penyakit DIABETES atau kencing manis. Di samping itu ia juga mampu menurunkan kadar KOLESTEROL, meningkatkan daya ingat , konsentrasi serta kecerdasan otak kerana mempunyai kandungan yang merangsang sel otak dan memperbaiki peraliran darah ke otak.

BAGAIMANA HABBATUS SAUDA BERTINDAK?

Dengan komponen-komponennya, Habbatus Sauda bertindak ;
  • Mengeluarkan penyakit (bersifat medikal)
  • Menenangkan tubuh supaya beristirahat
  • Menyedia atau melengkapkan pembaikan sel dalam tubuh
  • Memperlambat proses penuaan.

Sunday, August 04, 2013

Madu - Anda Telah Dimanipulasi Untuk Keuntungan Semata


Tahukah anda , sebagai pengguna madu, anda sering dimanipulasi secara marketing oleh syarikat-syarikat pengeluar madu hanya untuk keuntungan semata. 

Mengapa kami mengeluarkan kenyataan begini?

Ramai pengeluar dan pembotol menyatakan mereka adalah pakar madu sedangkan mereka hanya mengimport dan membotolkan madu tersebut. Sekiranya anda membeli sebotol madu hari ini, semak perkara ini dan pastinya mereka bukan pengeluar tetapi hanya pengimport madu tersebut yang hanya membotolkannya sahaja.

Penggunaan botol kaca tidak menunjukkan berat sebenar yang terkandung. Jumlah madu yang terkandung di dalam botol kaca lebih kurang berbanding dengan botol lain. Berat botol kaca sahaja cukup untuk mengaburi mata anda! 

Awas! Penggunaan botol plastik yang tidak berkualiti meningkatkan risiko kanser. Botol plastik yang terbaik ialah botol PET (Polyethylene terephthalate) yang terbukti tidak merbahaya kepada pengguna dan ringan iaitu tidak menipu dari segi berat kandungan madu. Oleh itu pengguna akan mendapat madu yang bertepatan dengan jumlah yang tertulis pada labelnya.

Kualiti dan khasiat madu liar tidak konsisten kerana musim bunga yang berubah-ubah. Oleh sebab itu banyak pengeluar madu liar seperti madu Tualang tidak menyatakan nutrisi kandungan dalam madu keluaran mereka. Berdasarkan kajian yang dijalankan, madu Tualang tidak mempunyai sedikit pun keistimewaan berbanding madu tulen lain.

Madu Tualang tidak mesra pengguna. Ia adalah berdasarkan kepada rasanya yang keras, tajam dan menyengat. Penggemar madu pada awalnya terpaksa menelannya sebab khasiat yang diwar-warkan sedangkan ada madu lebih mesra pengguna dan disukai oleh semua golongan.

Banyak pengeluar madu Tualang mengatakan apabila terdapat letupan POP! ketika penutup botol dibuka barulah madu itu madu asli, sedangkan bunyi pop itu adalah dari kesan yis yang terdapat dalam madu akibat pengoksidaan. Yis ini sebenarnya tidak berkhasiat untuk kita dan seeloknya lapisan yis ini dibuang untuk mendapatkan madu. Ada juga pengeluar yang meletakkan ibu yis untuk mendapatkan hasil POP! yang diinginkan untuk memanipulasi pengguna dan mengeluarkan kenyataan mereka adalah PAKAR MADU!

Friday, August 02, 2013

Kenali Habbatus Sauda


Agama Islam merupakan agama yang menyeluruh, sempurna dan menyelesaikan segala masalah manusia. Maka bagaimana mungkin kita dibiarkan mencari solusi sendiri di luar Islam. Sebuah hadis daripada riwayat Muslim menerusi Abu Zubair, daripada Jabir bin Abdullah, daripada Nabi Muhammad s.a.w. bahawa baginda bersabda yang bermaksud:
“Setiap penyakit pasti ada penawar nya. Jika ubat sudah bertepatan dengan penyakit, penyakit itu pasti akan sembuh dengan izin Allah SWT” (riwayat Ahmad).
Di dalam kitab Sahih al-Bukhari dan Muslim daripada Ata’, daripada Abu Hurairah r.a bahawa beliau berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bermaksud:
“Setiap kali Allah s.w.t. menurunkan penyakit, pasti Allah s.w.t. menurunkan ubat dan penawarnya” (Riwayat Hakim).
Habbatus sauda atau Syuwainiz merupakan sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan beriklim gurun. Ia merupakan biji hitam yang telah dikenali semenjak ribuan tahun yang lalu dan digunakan secara meluas oleh masyarakat Timur Tengah dan India untuk mengubati berbagai penyakit.

Jintan hitam diperoleh dari bijinya. Pokoknya mengeluarkan bunga berwarna ungu muda atau putih. Buahnya berbentuk kapsul yang mengandungi banyak biji kecil berwarna putih dan berbentuk trigonal. Setelah matang kapsulnya terbuka dan biji-biji ini akan berubah menjadi hitam. Minyak dari jintan hitam ini di jumpai dalam makam Firaun Tuthankamen. Ia juga digunakan oleh Cleopatra untuk kesihatan dan kecantikannya.

Jintan hitam juga digunakan ahli pengubatan Yunani untuk mengubat sakit gigi, sakit kepala, hidung tersumbat dan mengatasi parasit usus seperti cacing. Biji habbatus sauda mengandungi 40 % minyak constan dan 1,4% minyak aviary, juga mengandungi 15 amino acid, protein, calcium, zat besi, sodium dan potassium. Sedangkan komposisi paling penting adalah Thymoquinone (TQ), Dithymo-ouinone (DTQ), Thymohydro-quinone (THQ) dan Thymol (THY).

Ada juga ahli perubatan yang menolak wujudnya sebuah herba yang boleh menyembuhkan penyakit. Tetapi ketika ilmuwan Islam melakukan ujian klinikal dan menyimpulkan hasilnya, mereka baru mengakui kebenarannya.

Jintan hitam atau habbatus sauda atau dalam bahasa ilmiahnya, Nigella Sativa telah digunakan di kebanyakan Negara Timur Tengah untuk pengubatan selama lebih 2000 tahun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakannya ditulis dalam bahasa Arab. Oleh sebab itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.

Rasulullah s.a.w. sendiri ada menyebut mengenai kelebihan habbatus Sauda iaitu sabdanya: 
“Hendaklah kamu memakan habbatus sauda (jintan hitam) kerana ia mengandungi ubat untuk segala jenis penyakit melainkan as-Saam (mati)” (Riwayat at-Tirmizi).
Daripada Khalid bin Sa’ad, dia berkata: 
Kami keluar dan bersama kami ada Ghalib bin Abjar. Dia sakit di tengah jalan, lalu kami pergi ke Madinah, sedangkan dia dalam keadaan sakit. Lalu Ibnu Abi Atiq menjenguknya seraya berkata kepada kami: “Ubatilah dengan habbah as-Sauda ini. Ambillah darinya lima atau tujuh biji, lalu tumbuklah. Kemudian titiskan pada hidung seperti titisan minyak di sisi ini dan di sisi ini.”
Aisyah bercerita kepadaku bahawa dia mendengar Nabi SAW bersabda: 
“Sesungguhnya habbah as-Sauda ini adalah penyembuh dari segala penyakit kecuali penyakit sham. Ditanyakan, apa itu penyakit sham. Beliau berkata, sham adalah kematian.” ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
“Syuwainiz ( habbatus sauda) adalah ubat daripada segala penyakit kecuali as-Saam iaitu mati” (Riwayat Tirmizi).
Habbatus sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selesema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.

Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan habbatus sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.

Ibnu Qayyim pula di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan habbatus sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menamba susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Terdapat juga kajian yang mendapati habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system). Imuniti adalah kemampuan tubuh untuk mencipta kekebalan khusus, kuat dan sempurna untuk melawan segala unsur yang menyerang tubuh. Justeru, sistem kerja habbatus sauda dalam tubuh manusia adalah dengan memperbaiki, menjaga dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh manusia terhadap berbagai penyakit. Ia juga mempunyai senjata khusus untuk menghancurkan segala jenis penyakit.

Jintan hitam juga mampu untuk melarutkan toksin atau racun dalam tubuh manusia. Buktinya, apabila kita masukkan vetsin ke dalam air panas, tunggu hingga larut. Lalu masukkan iodin ke dalam vetsin tersebut. Air tersebut akan berubah menjadi kebiruan. Ini dapat dimisalkan bahawa tubuh manusia kemasukan bahan kimia yang berupa racun. Setelah itu, masukkan serbuk jintan hitam yang telah ditumbuk ke dalam larutan vetsin tersebut dan aduklah. Warna air itu dengan serta merta akan melarutkan warna kebiruan hingga jernih kembali.

Racun dapat mengganggu metabolisme dan mengurangi fungsi organ penting seperti hati, paru-paru dan otak. Keracunan dapat menimbulkan gejala berupa diarea, pening, gangguan pernafasan dan daya konsentrasi yang menurun. Habbatus sauda yang mengandungi Saponin dapat meneutralkan dan membersihkan racun dalam tubuh.

Habbatus sauda juga mampu untuk mengatasi gangguan tidur dan stres. Ini disebabkan Saponin yang terdapat dalam habbatus sauda memiliki fungsi seperti kortikosteroid yang dapat mempengaruhi metabolism karbohidrat, protein dan lemak serta mempengaruhi fungsi jantung, ginjal, otot tubuh dan saraf. Saponin berfungsi untuk mempertahankan diri dari perubahan lingkungan, gangguan tidur dan dapat menghilangkan stress.

Sebenarnya banyak lagi kajian-kajian yang perlu dilakukan untuk mengetahui rahsia khasiat habbatus sauda yang disebut oleh Nabi Muhammad SAW sebagai ubat bagi segala penyakit. Mudah-mudahan ia dapat memantapkan lagi keyakinan kita terhadap Islam dan perubatan Islam.

Sunday, July 28, 2013

Amalan Pada Malam Lailatul Qadar


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Diam tak diam dah 19 hari kita berpuasa. Tinggal 10 hari saja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Penuhilah 10 malam terakhir ini dengan amalan-amalan yang diajar oleh Rasulullah SAW. Minta pada Allah SWT agar kita diperteguhkan iman dan tetap dalam Islam.

Qiamullail Lailatul Qadar Dan Amalannya

Pada waktu siangnya umat Islam diwajibkan berpuasa, manakala malamnya disunatkan ‘Qiamullail’ iaitu ‘memakmur dan menghidupkan malam dengan ibadat’.

Qiamullail dituntut dan dijanjikan dengan pelbagai kelebihan. Antaranya sabda Baginda SAW: 
“Sesiapa yang melakukan qiamullail pada Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan pahala akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Rasulullah SAW telah bersabda: 
“Sesiapa beribadat sesaat pada malam Qadar, kira-kira selama seorang penggembala memerah susu kambingnya, maka adalah lebih disukai Allah daripada berpuasa setahun penuh. Demi Allah yang telah mengutus daku dengan hak menjadi nabi, sesungguhnya membaca satu ayat dari al-Quran pada malam Qadar adalah lebih disukai Allah daripada mengkhatamkannya pada malam-malam yang lain."

Malam al-Qadar (Lailatul Qadar)

Salah satu kelebihan yang Allah SWT berikan untuk umat Islam dalam bulan Ramadhan ialah ‘Malam al-Qadar’. Lailatul Qadar juga dikenali dengan nama ‘Lailatul Syaraf’ bermaksud malam kemuliaan dan ‘Lailatul Tajalli’ yang bermakna malam Allah melimpahkan cahaya dan hidayah-Nya kepada orang yang berpuasa pada siang hari dan beribadat pada sebelah malamnya.

Dalam Surah al-Dukhan, ayat 2, Allah SWT telah berfirman: 
“Sesungguhnya Kami telah turunkan al-Quran itu pada malam yang penuh keberkatan dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan.” 
Firman-Nya lagi dalam Surah al-Qadr, ayat 1 hingga 3: 
“Sesungguhnya Kami menurunkannya (Al_Quran) pada Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar adalah lebih baik daripada seribu bulan.”
Ini bererti sesiapa yang beribadat pada malam-malam tersebut digandakan pahala dan diberikan ganjaran yang amat tinggi di sisi Allah SWT. Gandaan pahala melakukan ibadah pada malam ini dikatakan mempunyai nilai lebih 29,500 kali ganda. Maka ianya boleh dijadikan perangsang kepada umat mukmin bagi melipat-gandakan amal ibadat pada malam akhir Ramadhan al-Mubarak.

Malam itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan. Pada malam ini juga turunnya para Malaikat bersama-sama turunnya berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.

Allah SWT amat Penyayang kepada hamba-Nya sekiranya kita tidak berputus asa dan menggunakan sepuluh malam terakhir ini bagi menebus kesilapan seumur hidup kita yang lalu.

Firman Allah SWT: 
“Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Al-Dukhan : 4)
Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ ialah pada malam tersebut Allah menentukan takdir setiap makhluk baik berupa rezeki, umur, sakit atau sihatnya seseorang dan ajal manusia untuk jangka masa setahun, iaitu dari malam al-Qadar tahun ini hingga ke malam al-Qadar tahun hadapan.

Amalan Pada Malam Lailatul Qadar

Menggandakan amalan sunat pada 10 hari terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam ‘Lailatul Qadar’ seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.
  1. Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan mendirikan Qiamullail.
  2. Habiskan malam beramal ibadat di masjid (beriktikaf).
  3. Solat Qiamulail sebanyak mungkin.
  4. Solat Tarawih 20 rakaat, tanpa witir.
  5. Bermula 12 malam, Solat Tahajud 8 rakaat dan Solat Witir 3 rakaat.

Itikaf Lailatul Qadar

Itikaf ini dikenali juga sebagai ‘Iktikaf Asyrul-Awahir’. Seseorang yang ingin beriktikaf hendaklah masuk ke dalam masjd sebelum terbenam matahari kedua puluh Ramadhan dan waktu tamat iktikaf ialah selepas terbenamnya matahari pada hari terakhir Ramadhan. Iktikaf menjadi sunnah muakkad jika dilakukan di bulan Ramadhan terutama pada 10 terakhir Ramadhan.

Pada hari-hari tersebut Rasululllah SAW. mengajak isteri dan keluarga serta para sahabat Baginda menghidupkan malam dan mengisinya dengan pelbagai kegiatan ibadah yang menunjukkan ‘taqarrub‘ (mendekatkan diri) kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT: 
“Dan janganlah dekati (jimak) mereka (isteri kamu) dalam keadaan kamu beriktikaf di dalam masjid.” (Al-Baqarah: 187)
Daripada Aishah r.a telah berkata : 
“Bahawa Rasulullah SAW apabila masuk sepuluh akhir Ramadhan, baginda menghidupkan malam (Qiam dan membantu ahli keluarga untuk merebut kebaikan), mengejutkan ahli keluarganya dan mengikat pakaiannya (bersungguh-sungguh dalam beribadat dan melakukan kebaikan).” ( Muttafaqun alaih)
Daripada Aishah r.a bahawa Nabi SAW beriktikaf pada 10 terakhir dari Ramadhan sehingga diwafatkan Allah, kemudian diteruskan isteri-isteri baginda. (muttafaqun alaih)

Daripada Abi Hurairah r.a telah berkata : 
“Bahawa Nabi SAW beriktikaf pada setiap kali Ramadhan pada 10 hari, tetapi beriktikaf 20 hari pada tahun kewafatan Baginda SAW.” ( Riwayat al-Bukhari, Abu Daud dan Ibn. Majah).

Amalan Rasulullah SAW Di Malam Lailatul Qadar

Rasulullah SAW menganjurkan umatnya agar mencari dan menghidupkan 10 malam terakhir Ramadhan. 

Rasulullah SAW bersabda: 
“Sesiapa yang beribadah pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada keredaan Ilahi (ketakwaan), maka akan dihapuskan semua dosanya yang telah lalu.” (Hadis riwayat Abu Hurairah, Bukhari dan Muslim).
Antara amalan yang dilakukan Rasululah SAW dan para sahabat pada malam-malam terakhir Ramadhan ialah:
  1. Mandi, berpakaian cantik dan berwangi-wangian.
  2. Beriktikaf iaitu mendampingi masjid untuk mentaati Allah.
  3. Mengejutkan keluarga agar bangun beribadah.
  4. Uzlah (tidak mendekati) isteri.
  5. Memperbanyakkan amal ibadat dan berqiamulail di masjid atau surau.
  6. Menghadiri majlis ilmu, mengulangkaji hadith, tafsir dan sirah nabi.
  7. Memperbanyakkan bertasbih, tahmid, takbir, istighfar dan bersalawat.
  8. Membaca dan tadarus al-Quran serta berzikir kepada Allah.
  9. Bersolat Tarawih, Witir, Tahajud, Taubat dan solat Hajat.
  10. Bertaubat daripada segala kesalahan dan dosa selama ini.
  11. Berdoa ke hadrat Ilahi. Baginda SAW sering membaca doa: “Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih.”
  12. Berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu.
Daripada Amru bin ‘Ash, Rasulullah SAW bersabda: 
“Sesiapa yang solat pada malam Ramadhan dan membaca 10 ayat daripada Al-Quran, maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang lalai.” (Hadis Riwayat Abu Daud r.a.)
Rasulullah SAW tidak pernah sekalipun meninggalkan iktikaf pada sepuluh malam terakhir Ramadhan sehinggalah baginda wafat. Isteri-isteri baginda juga turut beriktikaf bersama-samanya ketika baginda hidup dan selepas baginda wafat.

Doa Qiamullail

Rasulullah SAW sering membaca doa di bawah sebelum Baginda melakukan Qiamullail:


Amalan Tengah Malam Lailatul Qadar

Di antara amalan-amalan yang disunatkan semasa Qiamullail, iaitu mulai 12.00 tengah malam ialah :

  1. Mengambil wuduk dan mendirikan Solat Sunat Wuduk.
  2. Membaca surah Ali Imran; ayat 190 –200.
  3. Solat Sunat Tahajjud – bagi memantapkan iman dan akidah tauhid.
  4. Solat Sunat Hajat dan berdoa kepada Allah mohon dipertemukan dengan Lailatul Qadar.
  5. Membaca Al-Quran.
  6. Beristighfar dan berzikir

  7.  Bertasbih dan berselawat


  8.  Bersolat Sunat.
  • Solat Sunat Taubat – Mohon keampunan.
  • Solat Sunat Tasbih – Mengagungkan Yang Maha Esa.
  • Solat Sunat Lailatul Qadar – Tanda Syukur dapat meraih Malam Berkat.
  • Solat Sunat Witir – Solat Penutup

Berdoa

1.  Saat Makbul Doa

Rasulullah SAW amat menyukai dan menyuruh umatnya berdoa pada Lailatul Qadar dengan meminta keampunan kepada Allah. Lailatul Qadar adalah satu saat yang makbul dan sesiapa yang berdoa dan bertepatan doanya dengan Lailatul Qadar, maka pastilah doanya dikabulkan Allah. Oleh kerana itu perbanyakkanlah doa pada malam itu, khususnya pada:

  • Masa berlalunya separuh malam.
  • Ketika berada pada bahagian malam yang akhirnya.
Ulama tasauf dan fikah terkenal, Sufian as-Sauri berkata:
“Berdoa pada Lailatul Qadar itu lebih disukai daripada mengerjakan solat. Malah apabila seseorang membaca al-Quran, berdoa dan meningkatkan doanya kepada Allah, mudah-mudahan dia memperoleh waktu yang mustajab.”

2.  Doa Bertemu Lailatul Qadar
Orang yang bertemu dengan Lailatul Qadar akan terus dingin badannya kerana dihampiri oleh para malaikat (sebentar sahaja). Hendaklah segera kita membaca:

Dalam sebuah hadith riwayat Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah SAW:
“Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada Lailatul Qadar (bertepatan dengan malam Qadar), maka apa yang aku perlu buat?"
Baginda menjawab: “Bacalah:

اَللَّهُمَّ اِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّىْ وَاغْفِرْلِى
 “Allahumma innaka ‘afuwun karim tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni wagh’firli”
Ya Allah! Sesungguhnya Dikaulah Maha Pengampun, Maha Pemurah lagi suka mengampun. Maka ampunilah dan lindungilah diriku.
3. Doa Di Malam Al-Qadar
Berikut ini adalah salah satu doa di malam-malam Al-Qadar: malam ke 19, 21, dan ke 23 Ramadhan :
،بسم الله الرحمن الرحيم ، اللهم صل على محمد وآل محمد

،اَللَّهُمَّ اِنِّي اَمْسَيْتُ لَكَ عَبْداً دَاخِراً، لاَ اَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعاً وَلاَ ضَرّاً

 وَلاَ اَصْرِفُ عَنْهَا سُوْءاً ، اَشْهَدُ بِذَلِكَ عَلَى نَفْسِي ، وَاَعْتَرِفُ لَكَ

 ، بِضَعْفِ قُوَّتِي ، وَقِلَّةِ حِيْلَتِي ، فَصَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ

وَاَنْجِزْ لِي مَا وَعَدْتَنِي وَجَمِيْعَ الْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ مِنَ الْمَغْفِرَةِ

 فِي هَذِهِ اللَّيْلَةِ ، وَاَتْمِمْ عَلَيَّ مَا آتَيْتَنِي ،  فَاِنِّي عَبْدُكَ الْمِسْكِيْنُ

 الْمُسْتَكِيْنُ الضَّعِيْفُ الْفَقِيْرُ الْمَهِيْنُ اَللَّهُمَّ لاَ تَجْعَلْنِي نَاسِياً لِذِكْرِكَ

فِيْمَا اَوْلَيْتَنِي ، وَلاَ لاِِحْسَانِكَ فِيْمَا اَعْطَيْتَنِي ، وَلاَ آيِسًا مِنْ اِجَابَتِكَ

،وَاِنْ اَبْطَأَتَ عَنِّي ، فِي سَرَّاءَ اَوْ ضَرَّاءَ، اَوْ شِدَّةٍ اَوْ رَخَاءٍ

.اَوْ عَافِيَةٍ اَوْ بَلاَءٍ، اَوْ بُؤْسٍ اَوْ نَعْمَاءَ اِنَّكَ سَمِيْعُ الدُّعَاءِ
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya. Ya Allah, malam ini aku datang kepada-Mu sebagai hamba yang hina, yang secara pribadi tak punya kemampuan untuk memberi manfaat dan mudharrat dan tak mampu menyingkirkan keburukan dari diriku. Dengan semua itu aku bersaksi atas diriku, aku mengakui di hadapanMu tentang kelemahanku dan ketidakberdayaanku, sampaikan shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, karuniakan padaku malam ini ampunan dari-Mu sebagaimana telah Kau janjikan padaku, pada kaum mukminin dan mukminat.  Sempurnakan padaku apa yang telah Kau kurniakan padaku karena aku adalah hamba-Mu yang miskin dan papa, lemah, fakir dan hina. Ya Allah, jangan lalaikan aku untuk mengingat-Mu, dalam pertolongan yang telah Kau berikan, dan kebaikan yang telah Kau anugerahkan. Jangan jadikan aku orang yang putus asa dari balasan-Mu walaupun Kau menundanya dalam suka atau duka, bahagia atau derita, dalam keselamatan atau bencana, sengsara atau kenikmatan. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Mendengar doa. (Mafâtihul Jinân: bab 2, pasal 3)

Amalan Orang Uzur (Malam 21-30)

1.  Cara beramal orang uzur di malam Lailatul Qadar:
Kepada orang tua dan lemah, telah dikira beramal Al Qadar sekiranya solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah.Solat berjemaah sangat diutamakan pada malam akhir Ramadhan.  
Imam Malik dan Imam Syafie berkata: 
“Siapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah pada malam al-Qadar, dia telah mengambil bahagiannya daripada malam itu.”
2.  Orang yang tidak sanggup solat malam yang panjang, bacalah:
  • Ayat akhir surah Al Baqarah
  • Ayat Kursi
  • Surah Yaasin
  • Surah Al Zalazah
  • Surah Al Qafirun
  • Surah Al Ikhlas
3. Bagi orang yang kuat dan cergas :
  • Bangunkan isteri dan anak
  • Mandi, bersuci dan berwuduk
  • Solat malam – Tahajjud,Taubat,Tasbih,Hajat,Istikharah
  • Baca Al Quran.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa bangun pada malam lailatulqadar kerana dorongan iman dan mengharapkan pahala, maka diampunkan dosa-dosanya terdahulu.” (Muttafaqun ‘alaih).

Fadilat Lailatul Qadar

Jika 10 hari pertama adalah bulan penuh kerahmatan; 10 hari pertengahan Ramadhan sebagai hari pengampunan segala dosa; Maka 10 hari terakhir Ramadan ialah kemunculan malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan. Padanya terdapat ‘Malam al-Qadar’ yang dinanti-nantikan oleh setiap Muslim yang beriman dan bertakwa.

Rasulullah SAW. bersabda: 
“Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia telah kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu kecuali orang yang telah diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Tanda Lailatul Qadar

Ketenangan yang dirasai pada malam al-Qadar ini bersempena turunnya malaikat beserta pelbagai rahmat dan berkat untuk hamba-Nya yang benar-benar menghayati kedatangannya. 

Firman Allah SWT : 
“Turunlah malaikat dan rohnya dengan izin Allah. Selamatlah malam itu hingga terbit fajar.” (Surah al-Qadr, ayat 5 – 6).
Rasulullah SAW bersabda: 
“Pada saat berlakunya Lailatul Qadaritu, malam terasa jernih, terang, tenang dan cuaca sejuk tidak terasa panas tidak juga dingin. Dan pada pagi harinya matahari terbit dengan jernih terang benderang tanpa tertutup sesuatu awan.”(Hadis riwayat Imam Muslim, Ahmad, Abu Daud dan at-Tirmizi).
Sebahagian ulama berpendapat, orang yang mendapat al-Qadar itu akan melihat beberapa tanda antaranya ialah:

1. Tanda malam Qadar ialah :
  • Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
  • Alam terang benderang walaupun berada di tempat gelap.
  • Segala yang ada di bumi dan langit bagaikan bersujud ke hadrat Allah.
  • Tiada kedengaran suara salakan anjing.
  • Mendengar salam malaikat dan tutur kata mereka.
  • Malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
2. Tanda malam al-Qadar telah berlaku adalah:
  • Pada paginya terbit matahari dengan bentuk putih bersih bagai bulan penuh.
  • Sinar mentarinya tidak terasa terlalu panas walaupun cahaya cerah memancar.
  • Alam dan udara terasa begitu segar dan bersih.
  • Terasa seperti diperkenankan segala doanya.
Bagaimanapun pahala ibadat pada malam al Qadar akan tetap mendapat ganjaran dari Allah Ta’ala biarpun tandanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Tujuan disembunyikan malam Lailatul Qadar itu mempunyai hikmahnya tersendiri supaya kita berusaha mencarinya, meningkatkan ibadat pada semua malam dan untuk menguji keimanan Islam terhadap janji Allah SWT.

Lailatul Qadar adalah satu malam untuk Allah berikan kelebihan berlipat ganda kepada orang yang meyakini janji Allah. Mereka bersungguh merebut peluang di penghujung Ramadan yang tidak diperoleh pada bulan lain.

Nabi SAW bersabda: 
“Apabila malam akhir Ramadhan maka menangislah langit dan bumi serta malaikat kerana musibah yang menimpa umatku.” Sahabat bertanya: Apakah musibah itu? Rasulullah menjawab: “(Musibah) kerana perginya Ramadhan kerana dalam bulan ini doa dimakbulkan semua sedekah di terima dan semua kebaikan dilipat gandakan pahalanya serta seksaan ditolak.” (Hadis diriwayatkan oleh Jabir)
Diharapkan semoga anda semua mengisi malam tersebut dengan pelbagai ibadah yang disarankan dan menjauhkan diri daripada semua perbuatan maksiat hingga ia benar-benar menjadi malam yang penuh kebaikan dan keberkatan.

Bersamalah kita mengimarahkan 10 malam terakhir Ramadhan dengan beribadat kepada Allah SWT secara ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita mendapat kurniaan Allah SWT yang kelebihan pahalanya melebihi 1,000 bulan atau 83 tahun umur kita.

Dipetik dari :

والسلام





Tuesday, July 23, 2013

Ini Blog Saya

Assalamualaikum....

Lama saya tak berblogging.... lebih kurang 2 tahun berlalu. Blog saya menggunakan domain berbayar juga telah hancur dimakan anai-anai.

Ini blog terbaru saya.... oleh kerana saya tak biasa dengan blogspot, saya mengambil masa 2 hari untuk menyiapkannya sehingga saya berpuashati.... Saya hanya menggunakan template percuma yang diadaptasi dari wordpress...

Inilah hasilnya....


Inshaa Allah berjumpa lagi dilain masa....