Friday, August 16, 2013

KELEBIHAN MEMBACA SURAH AL-KAHFI PADA HARI JUMAAT


Surah al-Kahfi merupakan surah Makkiyah yang mengandungi 110 ayat.  Di dalamnya terdapat mesej-mesej aqidah yang didatangkan sebahagiannya dalam bentuk cerita. Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini ialah tentang kisah beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang mempertahankan aqidah mereka tatkala diburu oleh pemerintah yang zalim, kisah si kafir yang memiliki dua kebun dan sahabatnya seorang yang beriman kepada ALLAH, kisah Nabi Musa dan Khidir, dan kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.

Surah ini juga mengajar ummat Islam agar apabila berjanji, hendaklah mengatakan “In shaa ALLAH”. Ia suatu kalimah yang sangat penting. Antara asbab turunnya beberapa ayat di dalam surah al-Kahfi ialah kerana Nabi SAW pernah ditanya oleh orang-orang musyrik tentang 3 perkara iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah Dzulqarnain dan tentang ruh. Namun, wahyu tidak turun kerana Nabi SAW tidak menyebut “In shaa ALLAH” tatkala berjanji untuk menjawab tiga persoalan tersebut. Selepas beberapa ketika dan agak lama menunggu wahyu, akhirnya turunlah ayat yang menyuruh Nabi SAW menyebut “In shaa ALLAH” tatkala berjanji, diturunkan sekali jawapan-jawapan dari ALLAH tentang 3 persoalan tersebut.

Kelebihan Membaca Surah Al-Kahfi Pada Hari Jumaat

Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah SAW bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi.

Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.  Berikut adalah beberapa hadith mengenai kebaikan surah al-Kahfi :

Imam Ahmad berkata :
"Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi, maka terhindar daripada Al-Dajjal."
[ Hadith Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]
Imam Ahmad berkata :
"Daripada Abi Al-Darda'i, Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi, maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal."
[ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]
Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda :
"Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi."
[ Hadis Riwayat Ahmad ]
Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda :
"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat." [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Daripada Abi Said Al Khudri berkata:
"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dihamparkan utknya daripada cahaya antara dia dan bait Al Atiqa." [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Daripada Mandhur Ibnu Zaid, Khalid Al-Juhani dari Ibnu Al-Hussien dari bapanya daripada Ali Marfu'an:
"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia dihindari daripada fitnah selama lapan hari dan jika Al-Dajjal muncul, maka terhindar dia daripadanya." [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Daripada syukbah daripada Abi Hashim dgn isnadnya.sesungguhnya Nabi SAW bersabda :
"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan, jadilah cahaya untuknya dihari kiamat." [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

Semoga kita tergolong dari orang yang dirahmati Allah dan berusaha mendekatkan diri kepadaNya, hendaklah kita ingat dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud : 
“Sesungguhnya Allah tidak melihat gambaran zahir kamu tetapi Allah melihat batin (hati) kamu.” 
Sama-samalah kita mengamalkannya pada setiap hari Jumaat.

Wallahua’alam bissawab.....

Monday, August 12, 2013

KEHEBATAN HABBATUS SAUDA


Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ra. Beliau pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda boleh menyembuh segala penyalit kecuali Al-Sam". Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu?". Baginda menjawab, " Al-Sam itu ialah maut". (Riwayat Bukhari)
Daripada Buraidah katanya: Rasulullah SAW bersabda: 
"Pada Habbatus Sauda terdapat ubat segala penyakit kecuali mati".
Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dalam kitab Al-Tibb dalam himpunan hadis-hadis sahih no. 1819.

Daripada Abu Hurairah, beliau pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: 
"Pada Habbatus Sauda terdapat ubat bagi segala jenis penyakit kecuali Al-Sam yakni maut".
Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari (10:118-119);Muslim(7:25);Ibnu Majah(2:342);Termizi(2:3 pada edisi Bulaq);dan Ahmad(2:241) menerusi riwayat Sufyan bin `Uyainah daripada Al-Zuhri dan Abu Salamah.

KEHEBATAN HABBATUS SAUDA

Menurut rujukan sejarah membuktikan bahawa Habbatus Sauda digunakan sebagai Herba Perubatan semenjak 2000-3000 tahun Masihi. Hasil kajian pakar perubatan Barat mahupun Timur adalah senada iaitu Habbatus Sauda ubat pelbagai jenis penyakit dan telah digunakan sejak zaman kunor Mesir dan Greek dengan berkesan .

Malah tokoh cendiakawan Muslim Ibnu Sina dalam karya terbesarnya The Canon of Medicine yang dianggap buku paling terkenal dalam dunia kedoktoran di Timur dan Barat menyatakan dengan jelas kehebatan bijiran hitam itu.

Antara pakar perubatan dan ahli sains yang menjalankan kajian ini ialah dari pusat ilmiah Cancer Immunobiology Laboratory South Carolina, US, University Munich Germany, University of Colombo, US, University of Patchefstroom, Kings College London, College of Medicine King Faisal University, Department of biology Riyadh.

Disamping itu ramai lagi saintis yang memaparkan hasil kajian mereka didalam pelbagai buku, majalah dan jurnal perubatan antarabangsa. Antaranya Dr Peter Schleicher, pakar immunisasi Eropah mendapati Habbatus Sauda berhasil menyembuhkan 420 daripada 600 orang yang mempunyai masalah alahan atau allegik. Kebanyakan mereka mengidap allegik terhadap `pollen’, debuan dan habuk, jerawat dan saraf kulit serta mempunyai daya tahan lemah.

Saintis di Cancer and Immuno Biological Laboratory of Germany mengesahkan Habbatus Sauda mampu merangsang sumsum tulang atau “bone marrow” dan sel immunity, meningkat penghasilan apa yang dikenali sebagai "interferon” dan mempertahankan sel-sel biasa terhadap kesan kemusnahan sel oleh virus. Seorang lagi pakar Eropah, Professor Michael Meurer pula mendapati Habbatus Sauda berupaya menghentikan pembengkakan atau “inflammation” dan masalah saraf kulit.

Mereka juga mendapati Habbatus Sauda berupaya memusnahkan sel sel tumor dan meningkatkan jumlah antibodi yang menghasilkan apa yang dinamakan B cell.

Sebenarnya banyak lagi hasil kajian yang didedahkan kerana sejak 1959 lebih 200 kajian telah dijalankan.

UBAT PELBAGAI PENYAKIT

Habbatus Sauda berfungsi menguatkan sistem ketahanan badan semulajadi, mengecut semua jenis ketumbuhan, berkesan untuk mengubat batuk yang lama (kronik), selsema, sesak nafas terutama pada bronkial asma dan cardiak asma, luka-luka dihati (Cirrhosis of liver), batu karang, batu hempedu, paru-paru berair, gout, tonsilitis, gusi berdarah, gastrik, luka-luka dalam perut (Ulser), kurang penghadaman, mengandungi hormon bagi menambah kecergasan mental dan seksual serta boleh mengelakkan barah.

Ia juga dapat mengatasi semua jenis alahan dan gatal-gatal kulit, membantu menguatkan fungsi kelenjar, merenggang permukaan kulit, boleh mengatasi sakit puan (Mestris, Indomeferitis Ophoritis), senggugut melancarkan peredaran haid, berfaedah untuk sakit tuan seperti lemah tenaga batin (Premature ejaculation) membersihkan perut dari angin dan kahak. Tiada kesan sampingan dan selamat digunakan, InsyaAllah.

Habbatus Sauda juga bertindak sebagai anti-biotik. Ia mampu menjadi pemusnah virus yang membawa penyakit CIRIT BIRIT, DYSENTRI, RADANG PARU, KOLERA, ANTRAX , penyakit KULIT termasuk kudis dan bisul. Ia bertindak sebagai anti-alahan dan menjadi bahan anti-lelah atau penyakit ASMA.

Ia boleh menurunkan kadar kandungan gula dalam tubuh pengidap penyakit DIABETES atau kencing manis. Di samping itu ia juga mampu menurunkan kadar KOLESTEROL, meningkatkan daya ingat , konsentrasi serta kecerdasan otak kerana mempunyai kandungan yang merangsang sel otak dan memperbaiki peraliran darah ke otak.

BAGAIMANA HABBATUS SAUDA BERTINDAK?

Dengan komponen-komponennya, Habbatus Sauda bertindak ;
  • Mengeluarkan penyakit (bersifat medikal)
  • Menenangkan tubuh supaya beristirahat
  • Menyedia atau melengkapkan pembaikan sel dalam tubuh
  • Memperlambat proses penuaan.

Sunday, August 04, 2013

Madu - Anda Telah Dimanipulasi Untuk Keuntungan Semata


Tahukah anda , sebagai pengguna madu, anda sering dimanipulasi secara marketing oleh syarikat-syarikat pengeluar madu hanya untuk keuntungan semata. 

Mengapa kami mengeluarkan kenyataan begini?

Ramai pengeluar dan pembotol menyatakan mereka adalah pakar madu sedangkan mereka hanya mengimport dan membotolkan madu tersebut. Sekiranya anda membeli sebotol madu hari ini, semak perkara ini dan pastinya mereka bukan pengeluar tetapi hanya pengimport madu tersebut yang hanya membotolkannya sahaja.

Penggunaan botol kaca tidak menunjukkan berat sebenar yang terkandung. Jumlah madu yang terkandung di dalam botol kaca lebih kurang berbanding dengan botol lain. Berat botol kaca sahaja cukup untuk mengaburi mata anda! 

Awas! Penggunaan botol plastik yang tidak berkualiti meningkatkan risiko kanser. Botol plastik yang terbaik ialah botol PET (Polyethylene terephthalate) yang terbukti tidak merbahaya kepada pengguna dan ringan iaitu tidak menipu dari segi berat kandungan madu. Oleh itu pengguna akan mendapat madu yang bertepatan dengan jumlah yang tertulis pada labelnya.

Kualiti dan khasiat madu liar tidak konsisten kerana musim bunga yang berubah-ubah. Oleh sebab itu banyak pengeluar madu liar seperti madu Tualang tidak menyatakan nutrisi kandungan dalam madu keluaran mereka. Berdasarkan kajian yang dijalankan, madu Tualang tidak mempunyai sedikit pun keistimewaan berbanding madu tulen lain.

Madu Tualang tidak mesra pengguna. Ia adalah berdasarkan kepada rasanya yang keras, tajam dan menyengat. Penggemar madu pada awalnya terpaksa menelannya sebab khasiat yang diwar-warkan sedangkan ada madu lebih mesra pengguna dan disukai oleh semua golongan.

Banyak pengeluar madu Tualang mengatakan apabila terdapat letupan POP! ketika penutup botol dibuka barulah madu itu madu asli, sedangkan bunyi pop itu adalah dari kesan yis yang terdapat dalam madu akibat pengoksidaan. Yis ini sebenarnya tidak berkhasiat untuk kita dan seeloknya lapisan yis ini dibuang untuk mendapatkan madu. Ada juga pengeluar yang meletakkan ibu yis untuk mendapatkan hasil POP! yang diinginkan untuk memanipulasi pengguna dan mengeluarkan kenyataan mereka adalah PAKAR MADU!

Friday, August 02, 2013

Kenali Habbatus Sauda


Agama Islam merupakan agama yang menyeluruh, sempurna dan menyelesaikan segala masalah manusia. Maka bagaimana mungkin kita dibiarkan mencari solusi sendiri di luar Islam. Sebuah hadis daripada riwayat Muslim menerusi Abu Zubair, daripada Jabir bin Abdullah, daripada Nabi Muhammad s.a.w. bahawa baginda bersabda yang bermaksud:
“Setiap penyakit pasti ada penawar nya. Jika ubat sudah bertepatan dengan penyakit, penyakit itu pasti akan sembuh dengan izin Allah SWT” (riwayat Ahmad).
Di dalam kitab Sahih al-Bukhari dan Muslim daripada Ata’, daripada Abu Hurairah r.a bahawa beliau berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bermaksud:
“Setiap kali Allah s.w.t. menurunkan penyakit, pasti Allah s.w.t. menurunkan ubat dan penawarnya” (Riwayat Hakim).
Habbatus sauda atau Syuwainiz merupakan sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan beriklim gurun. Ia merupakan biji hitam yang telah dikenali semenjak ribuan tahun yang lalu dan digunakan secara meluas oleh masyarakat Timur Tengah dan India untuk mengubati berbagai penyakit.

Jintan hitam diperoleh dari bijinya. Pokoknya mengeluarkan bunga berwarna ungu muda atau putih. Buahnya berbentuk kapsul yang mengandungi banyak biji kecil berwarna putih dan berbentuk trigonal. Setelah matang kapsulnya terbuka dan biji-biji ini akan berubah menjadi hitam. Minyak dari jintan hitam ini di jumpai dalam makam Firaun Tuthankamen. Ia juga digunakan oleh Cleopatra untuk kesihatan dan kecantikannya.

Jintan hitam juga digunakan ahli pengubatan Yunani untuk mengubat sakit gigi, sakit kepala, hidung tersumbat dan mengatasi parasit usus seperti cacing. Biji habbatus sauda mengandungi 40 % minyak constan dan 1,4% minyak aviary, juga mengandungi 15 amino acid, protein, calcium, zat besi, sodium dan potassium. Sedangkan komposisi paling penting adalah Thymoquinone (TQ), Dithymo-ouinone (DTQ), Thymohydro-quinone (THQ) dan Thymol (THY).

Ada juga ahli perubatan yang menolak wujudnya sebuah herba yang boleh menyembuhkan penyakit. Tetapi ketika ilmuwan Islam melakukan ujian klinikal dan menyimpulkan hasilnya, mereka baru mengakui kebenarannya.

Jintan hitam atau habbatus sauda atau dalam bahasa ilmiahnya, Nigella Sativa telah digunakan di kebanyakan Negara Timur Tengah untuk pengubatan selama lebih 2000 tahun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakannya ditulis dalam bahasa Arab. Oleh sebab itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.

Rasulullah s.a.w. sendiri ada menyebut mengenai kelebihan habbatus Sauda iaitu sabdanya: 
“Hendaklah kamu memakan habbatus sauda (jintan hitam) kerana ia mengandungi ubat untuk segala jenis penyakit melainkan as-Saam (mati)” (Riwayat at-Tirmizi).
Daripada Khalid bin Sa’ad, dia berkata: 
Kami keluar dan bersama kami ada Ghalib bin Abjar. Dia sakit di tengah jalan, lalu kami pergi ke Madinah, sedangkan dia dalam keadaan sakit. Lalu Ibnu Abi Atiq menjenguknya seraya berkata kepada kami: “Ubatilah dengan habbah as-Sauda ini. Ambillah darinya lima atau tujuh biji, lalu tumbuklah. Kemudian titiskan pada hidung seperti titisan minyak di sisi ini dan di sisi ini.”
Aisyah bercerita kepadaku bahawa dia mendengar Nabi SAW bersabda: 
“Sesungguhnya habbah as-Sauda ini adalah penyembuh dari segala penyakit kecuali penyakit sham. Ditanyakan, apa itu penyakit sham. Beliau berkata, sham adalah kematian.” ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
“Syuwainiz ( habbatus sauda) adalah ubat daripada segala penyakit kecuali as-Saam iaitu mati” (Riwayat Tirmizi).
Habbatus sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selesema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.

Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan habbatus sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.

Ibnu Qayyim pula di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan habbatus sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menamba susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Terdapat juga kajian yang mendapati habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system). Imuniti adalah kemampuan tubuh untuk mencipta kekebalan khusus, kuat dan sempurna untuk melawan segala unsur yang menyerang tubuh. Justeru, sistem kerja habbatus sauda dalam tubuh manusia adalah dengan memperbaiki, menjaga dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh manusia terhadap berbagai penyakit. Ia juga mempunyai senjata khusus untuk menghancurkan segala jenis penyakit.

Jintan hitam juga mampu untuk melarutkan toksin atau racun dalam tubuh manusia. Buktinya, apabila kita masukkan vetsin ke dalam air panas, tunggu hingga larut. Lalu masukkan iodin ke dalam vetsin tersebut. Air tersebut akan berubah menjadi kebiruan. Ini dapat dimisalkan bahawa tubuh manusia kemasukan bahan kimia yang berupa racun. Setelah itu, masukkan serbuk jintan hitam yang telah ditumbuk ke dalam larutan vetsin tersebut dan aduklah. Warna air itu dengan serta merta akan melarutkan warna kebiruan hingga jernih kembali.

Racun dapat mengganggu metabolisme dan mengurangi fungsi organ penting seperti hati, paru-paru dan otak. Keracunan dapat menimbulkan gejala berupa diarea, pening, gangguan pernafasan dan daya konsentrasi yang menurun. Habbatus sauda yang mengandungi Saponin dapat meneutralkan dan membersihkan racun dalam tubuh.

Habbatus sauda juga mampu untuk mengatasi gangguan tidur dan stres. Ini disebabkan Saponin yang terdapat dalam habbatus sauda memiliki fungsi seperti kortikosteroid yang dapat mempengaruhi metabolism karbohidrat, protein dan lemak serta mempengaruhi fungsi jantung, ginjal, otot tubuh dan saraf. Saponin berfungsi untuk mempertahankan diri dari perubahan lingkungan, gangguan tidur dan dapat menghilangkan stress.

Sebenarnya banyak lagi kajian-kajian yang perlu dilakukan untuk mengetahui rahsia khasiat habbatus sauda yang disebut oleh Nabi Muhammad SAW sebagai ubat bagi segala penyakit. Mudah-mudahan ia dapat memantapkan lagi keyakinan kita terhadap Islam dan perubatan Islam.